Selamat Datang..

...Selamat Datang ke Blog Ruangan Akram Betta..

Inspirational Wallpapers

Wednesday, November 16, 2011

8 Cara "Hilang Cinta"???


Mungkin kita sedar dan mungkin tidak… dalam niat baik kita itu, mungkin tindakan kita hanya akan membuatkan pasangan kita menjadi menyampah dan benci dengan cara kita.
Kerana itu jugalah, kita sepatutnya, bukan hanya patut tahu cara menjaga cinta, kita juga patut tahu bagaimana cara, boleh kehilangan cinta itu, agar, kita tidak melakukan kesilapan itu di masa hadapan. ;)
Kita tidak mahu, yang sudah bercinta boleh menjadi hambar, yang baru nak memikat, terus saja ditolak dan yang baru-baru rapat tiba-tiba hilang atau tidak semesra dulu lagi. Betul tak?
Jadi, ada baiknya kita berhati-hati dan elakkan beberapa cara ini atau perangai yang tidak ramai orang boleh terima ini. Mungkin bagi anda, ianya mesti dilakukan atau mesti cakap, atau pun mesti mengajar…tetapi, sebenarnya untuk menyampaikan maksud anda kadang-kadang kita kena biarkan pasangan kita belajar melalui pengalaman. Biarkan dia tahu melalui perbuatan dan kesilapan. Kadang-kadang cara begitu lebih berkesan.
Jadi, Elakkan 8 cara ini. Moga-moga Percintaan anda terus hangat! :-
  • Cara 1 :  Terlalu Cemburu – Cemburu boleh cemburu kerana cemburu itu tandanya sayang, kan. Tetapi cemburu sikit-sikit sudah lah. Tak perlulah sampai naik darah, mengamuk, terjerit-jerit macam orang hilang akal. Sehingga bergaduh dan naik tangan. Cemburu sebegitu memang cara untuk HILANG CINTA, …elakkan!
  • Cara 2 : Terlalu Suka Menegur – Menegur untuk kebaikan, bagus. Namun sekiranya kita asyik menegur sepanjang masa, semua yang dilakukan tak betul dan tak kena, sentiasa cuba perbetulkannya… ia pasti akan membuatkan pasangan anda menjadi teramat bosan! Sesetengah orang punya sifat seperti, “Ini tak boleh ni, aku kena tegur, biarlah kalau dia benci pun…” – hehe… like I said earlier, sometimes kita tak perlu tegur dan kena biarkan, supaya dia belajar dari pengalaman.
  • Cara 3 : Tidak Berdikari – Mungkin pada awal perhubungan, pasangan anda tidak kisah dan sanggup membantu anda dalam kehidupan seharian, support anda. Tetapi, jika sekian lama bersama anda masih juga bergantung harap kepadanya dan tidak boleh berdikari, anda akan dianggap sebagai pasangan yang hanya membebankan dia. Lama-kelamaan dia akan bosan, kena pulak datang seseorang yang very independent, habislah you ;)
  • Cara 4 : Tidak ada PROGRESS – Di dalam hidup kita ni, kita kena ada kemajuan atau progress. Ada pasangan yang cakap “Susah senang bersama hingga ke akhirnya” …ya laaa tu! Klau sudah bertahun-tahun masih ditakuk lama, nak kahwin tak ada budget, nak bercinta or dating or tengok movie pun pasangan yang support… Sampai bila nak susah bersama? Perangai sebegini, memang akan hilang cinta! — Berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan masa depan anda. At least setiap tahun ada kemajuan walaupun sedikit itu sudah memadai untuk menunjukkan anda berusaha.
  • Cara 5 : Terlalu mengongkong – Binatang lagi benci apabila ia disekat dan dikurung. Apatah lagi manusia! ;) Sekiranya pasangan anda benar-benar cinta, tak perlu nak control dia dan sekat dia dari melakukan apa saja yang dia mahu lakukan. Free kan dia…kalau dia adalah kekasih sejati InsyaAllah dia akan terus setia pada anda walau dimana pun dia berada. Kalau tak setia tu… Alhamdulillah, anda terlepas dari seorang manusia yang hanya akan menghancurkan masa depan anda saja.
  • Cara 6 : Tidak bijak membuat keputusan – Setiap kali ditanya, “Nak makan apa? Nak buat apa? Nak pergi mana?” …jawapan anda hanyalah“TAK TAHU?!” – Perangai sebegini juga akan membuatkan anda bakal kehilangan cinta. Ini adalah kerana anda mempamerkan diri yang tidak bijak membuat keputusan dan tidak tahu apa yang anda mahu dalam hidup. Seperti tiada pendirian hidup. Elakkan dari menjadi seperti ‘Lembu ditarik hidungnya’
  • Cara 7 : Terlalu mengikut kata PARENTS – Hehe…sensitif isu actually kan. Some parents surelah nak anak dia ikut cara dia saja. Some bagi freedom. To me, balance it sedari awal, agar semua pihak happy. Kerana, ramai yang terlalu mengikut kata parents… bujang sampai ke tua! Bukan hilang cinta lagi dah, gelap gelita bayang cinta pun tak nampak dah! So hati-hati…
  • Cara 8 : Effort Hanya sebelah pihak – Okay, this matter adalah untuk both of you! Jika hanya sebelah pihak saja yang berusaha, yang buat itu dan ini, sebelah lagi hanya menerima saja, CINTA AKAN HILANG bila-bila masa sahaja. Jika masih bersama pun, sebenarnya sudah TIADA CINTA lagi. Cinta PERLU bersama, berdua… kalau pentingkan diri sendiri saja …cara anda memang cara untuk HILANG CINTA tidak lama lagi.
Cukup ke tak? Hehe… sebenarnya, banyak lagi dan berbagai-bagai cara lagi anda boleh kehilangan cinta. So, watch out!
Elakkan kesemua cara-cara yang penuh dengan negativity ini. Jika anda berada di dalam mana-mana situasi begini, ianya masih belum terlambat untuk anda berubah. Kerana, hidup ini penuh denganCHANCES… grab it while you can! And make that changed…
Namun jika anda telah elakkan kesemua cara ini dan juga telah elakkan banyak lagi perangai-perangai yang boleh membuatkan cinta itu hilang…somehow, hilang juga cinta itu, well itu bermakna, sememangnya anda dan dia memang Allah jadikan untuk tidak bersama dan pasti, Allah ada menyediakan orang lain yang cukup manis dan cukup masinnya untuk anda. Cuma masa hanya yang akan menentukannya… all you have to do, is to BELIEVE!

Wanita Lebih Bijak???

Dalam banyak-banyak situasi perhubungan cinta, selalunya yang kita nampak, wanita ditipu, diperdaya dan diperbodohkan!
Dalam perhubungan juga ramai yang selalu bertegang leher dan bertikam lidah dengan wanita hanya kerana mempertikaikan siapa yang betul…
  • At the end, apabila wanita ditinggalkan, mereka dikatakan BODOH! Bodoh kerana mencintai lelaki yang sengaja mempermainkan mereka, memperdaya dan menggunakan kelemahan wanita itu untuk kesenangan diri sendiri.
Mungkin ada betulnya wanita KURANG BIJAK memilih lelaki yang baik untuk mereka…namun, pada pendapat saya, wanita adalah lebih bijak di dalam menguruskan kehidupan seharian. Dan mereka bertambah matang dan jauh lebih bijak dari lelaki especially apabila mereka pernah beberapa kali dipermainkan dan dikecewa kaum Adam itu.
  • Yang sedihnya… wanita masih mahu menganggap diri mereka lemah, obviously kerana sudah berabad mereka dilabelkan sebagai KAUM YANG LEMAH! …sad thing, really!
CUBA WANITA RENUNGKAN KEMBALI…
Anda mesti pernah dengar istilah “QUEEN CONTROL” - tahukah anda istilah itu datang dari mana? Sebenarnya ia datang dari zaman awal-awal pemerintahan Kings of England, Spain and France… Dikala itu kita melihat raja-raja memerintah dengan pemerintahan kuku besi… Namun yang kita TIDAK lihat adalah siapa yang mengawal raja itu dibelakang…
Yaa THE QUEEN!! Queen yang control semua decision… Walau King yang amat berkuasa, walau queen jauh lebih bijak dari King…the queen always keep the low profile dan manupulasi apa sahaja yang King fikirkan… sehingga, The Queen yang bijak selalu membuatkan The King fikir dia yang membuat keputusan, walhal segala-galanya adalah helah Queen itu sendiri.
Basically, WANITA sebenarnya adalah lebih BIJAK dari lelaki …lebih-lebih lagi kebanyakan lelaki begitu mudah menukar fikiran apabila mereka membuat keputusan lebih menurut ‘Santapan Ular mata satu dari celah kelangkangnya!’
QUEEN CONTROL adalah solusinya?
Sudah tentunya bukan solusi yang terbaik, mengawal ketat lelaki yang anda cintai! Menghalangnya dari melakukan apa yang disukainya. Dan membenarkan dia melakukan perkara yang hanya anda suka. Tak baik tu…
  • Tetapi sekiranya ia boleh membaik pulih perhubungan dan memberi kebahagiaan dan kesenangan kepada both of you, well why not! …but biarlah dengan cara yang lebih sesuai. Ini kerana…
  • Lelaki sebenarnya amat benci jika wanita itu suka menunjuk yang dia lebih bijak. ATAU cuba memperlekehkan mereka seolah-olah lelaki tidak berilmu, malah mereka akan terasa seperti dipijak-pijak wanita… mestilah mereka akan MALU seperti sudah tergadai maruah seorang lelaki.
Mengapa wanita mesti tunjuk mereka lebih terer? Lebih berpengatahuan? Lebih pandai bergaul? Lebih matang? Lebih itu, lebih ini? WHY?  …Puas ke dapat beritahu kat lelaki yang you all lagi bijak? Puas ke dapat kawal lelaki? Seronok dapat buat lelaki terasa bodoh?
JIKA anda wanita itu maka anda BUKAN wanita yang bijak!
  • Jadi seperti THE QUEEN… itu jauh lebih bijak. Queen Tidak menunjukkan kepandaian dan kebijaksanaan pada King…sebaliknya BIJAK dalam mempengaruhi apa saja yang King fikir dan menjadikan keputusannya adalah seperti keputusan dari King itu sendiri.
IMPORTANT TIPS :
  • Sentiasa memberi pendapat yang lebih memihak kepada lelaki tetapi juga menguntungkan anda
  • Buat beberapa pilihan untuk lelaki memilih, kurangkan pilihan kepada yang menangkan anda sahaja.
  • Gambarkan apa yang mahu disampaikan, dengan cara meminta bukan menyuruh
  • Bertanya lelaki seolah-olah anda tidak tahu dan tidak pandai… walaupun anda seorang yang pakar
  • Selalu meminta tunjuk ajar dari lelaki konon anda tidak berilmu… walhal anda terer habis
  • Bukakan minda lelaki kepada pemandangan dunia yang lebih luas, supaya dia akan lebih terbuka
  • Bantu dia dalam menyelesaikan masalah, dengan cara membuatkan dia rasa bangga kerana itu adalah usahanya sendiri dengan bantuan anda.
Mungkin anda akan merasa seperti remeh dan tidak penting sangat… tetapi sebenarnya, hanya sedetik waktu sahaja lelaki merasa anda cuba mengatasi mereka… anda akan dianggap wanita OVER yang tidak layak untuk mereka dampingi atau miliki. Level anda sudah dianggap terlalu tinggi untuk mereka.
  • PENTING : Salah satu punca ramai wanita yang berkarier, punya kedudukan dan pendidikan tinggi, tidak menemui jodoh mereka adalah apabila mereka terlalu menonjolkan apa yang mereka telah capai…sehingga membuatkan lelaki merasa berada di tahap rendah… Lelaki mesti chiaow punyalah kan
Well, ada …bukan tak ada lelaki yang suka wanita in control dan lebih bijak dari mereka, tetapi bilangannya terlalu sedikit.
Untuk itu… kena pandai la sikit, guna trick sikit…
Buatkan lelaki rasa dia besar, hebat, in control, in power, buatkan seolah-olah anda yang ikut telunjuk mereka… namun yang sebenarnya, …hehehe
Jangan biarkan ego anda mengatasi situasi ini, tak menguntungkan pun. ada lebih baik anda gunakan cara yang lebih menjaminkan kebahagiaan kepada kedua-dua belah pihak. Both happy…senang!

Lirik Lagu Ombak Rindu-Hafiz & Adira (OST Ombak Rindu)




Hafiz & Adira - Lirik Lagu Ombak Rindu [OST Ombak Rindu]

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Wavy Tail