Selamat Datang..

...Selamat Datang ke Blog Ruangan Akram Betta..

Inspirational Wallpapers

Friday, February 3, 2012

Jatuh Cinta LAGI???


Kadang-kadang rasa letihhhh sangat-sangat apabila beberapa kali gagal dalam cinta kemudian nak mencari cinta balik, nak mula bercinta balik, nak mula belajar mengenal balik, nak memikat balik, nak jaga itu nak jaga ini, rasa macam aduuuhh….AGAIN?Ok let go on.....
  • Starting all over again tu seolah-olah satu penyeksaan sebenarnya. The process is HARD! It’s never get easy… unless kalau bangsa tak ada feelings memang mudahlah kan… malas la nak cakap.
Kita yang mudah sayangkan orang ni… fuhhh memang susah nak kawal sebenarnya, lebih-lebih lagi orang yang berdepan dengan kita tu penyayang, manja, caring… habislah kita hehehe…
JATUH CINTA LAGI… dah cuba elak, cuba tak nak rapat, cuba melupakan semua kenikmatan percintaan itu… tapi RASA itu tiba-tiba menjelma…I’m serious ni, memang tiba-tiba menjelma entah dari mana, sedar-sedar… “Aduuhh sayangnya aku kat dia!” haaa… memang susah untuk melawannya laa… :p
Sebab itulah ramai yang sudah berpunya pun, boleh jatuh cinta lagi… yang sudah berkahwin pun, lagi mudah jatuh cinta, lebih-lebih lagi apabila pasangan tidak berapa kisah sangat. Tidak menghiraukan pasangan dia sangat… Yang hadir pula caring giler-giler, sangat  mengambil berat… cunnnn pulak tu. Love is in the air la kan… segala keletihan hilang, segala benci dilupakan begitu saja.
Selalunya, yang bukan kita plan itulah yang MENJADI  tuhhh adoi…(Mail lambung...Hahaha)
secara kronologinya :
  • bukan kita nak berkenalan dengan dia pun, maybe niat sebenar nak cari kawan lama. Kebetulan dia kenal… so minta tolong dia la kan.
  • Lagi pun maybe bila kita tengok kat dia tu, memang takkan dia nak kat kita ni la kan.
  • Apalah sangat diri kita ni, asal pun dari kampung takkan laaa dia yang moden dan sofistikated tu boleh layan kita pula kan…
  • Tetapi, hari makin hari melayan…lama-lama muncul rasa kasih.
  • Hanya dari perbualan seharian saja sudah timbul rasa sayang.
  • ….aduuhhh, bestnyaa… JATUH CINTA LAGI!
Entah-entah dia lagi la tak plan! Sememangnya dia bangsa mudah mesra dan penyayang dengan semua orang… tiba-tiba kita yang syok sorang hahaha :D  - Dia sebenarnya tak ada rasa apa-apa pun kat kita maluuu!
Itu yang menjadikan jatuh cinta ini bertambah letih tu…
THE GAMES! – permainan di sebalik proses percintaan tu yang buat kadang-kadang giler dibuatnya. Jiwa kita yang terus-terusan tertanya-tanya…
  • “dapat ke tak dapat ni? Dia nak kat aku ke tak? Ke dia ada orang lain yang dia minat? Tapi dia layan aku best… camana ek?”
Dia pulak,
  • “Aku suka dia, suka berkawan dengan dia… best sangat, happy… tapi aku nak kat yang lain, ishh… camana ni yang mana satu aku nak? Kan nanti aku tinggalkan yang ini… yang itu pulak tak nak kat aku?! ADOI”
THE FACT IS…
Allah s.w.t telah temukan kita berdua tu… atau anda dan dia tu, mestilah kerana sesuatu… I’m very sure must have something la kan! Tapi, takkan Tuhan nak bagi bergolek… siap dalam dulang… mana boleh! Dia bagi jalan je la… kitalah yang mencipta peluang itu atau kita hanya membiarkan peluang itu berlalu…
  • Tuhan sudah memberi pertemuan itu… tetapi RAMAI di antara kita hanya mahu melihat yang lain, jauh dari pertemuan yang mudah itu. Yang lebih bersifat terancang… yang duk syok, duk tengok… yang duk target punya lama tak dapat-dapat tu hehehe….
dari dulu lagi Bro Razzi selalu berkata, “FALLING in LOVE is EASY… KEEPING it, is HARD!”
Jatuh cinta itu mudah, mengekalkan cinta itu yang susah. yang peliknya, KITA yang tidak mahu percaya, jatuh cinta itu mudah, lantas kita yang menyusahkannya lagi dengan menolak cinta di depan mata, sebaliknya mengutamakan yang seberang sana!
Boleh bukan tak boleh nak pilih yang jauh, yang susah dan yang mana sekali pun NAMUN… cuba renung sejenak…
MENGEKALKAN cinta itu dah susah…AMAT PANJANG pula perjalanan cinta tu. Bukan hanya setakat nak mencari cinta atau jatuh cinta saja… Waktu bercinta lagi, kemudian bercinta dengan kaum keluarganya lagi. Mengharungi percintaan dalam rumah tangga lagi… mengharungi hidup berkeluarga dan menjaga zuriat lagi fuuuuu…. penuh dengan dugaan dan cabaran, Susah semua tu!! Jadi mengapa nak menambah lagi susah yang memang sudah menunggu?
Bila dah JATUH CINTA LAGI tu… go ahead je laa ;)
  • Namun tentu saja bagus kalau kita jadi yang sedikit memilih demi masa depan yang membahagiakan. Tetapi jangan memilih sampai langsung tidak mencuba.
  • Take it macam ni, orang yang kahwin 20 tahun pun boleh bercerai…Anggap ianya adalah satu proses, nasib dan takdir Allah s.w.tyang tentukan … Jika ada rezeki kita, InsyaAllah kekal sehingga akhir hayat.
  • Apa nak jadi untuk masa depan tu… kita berusaha, redha dan pasrah kepada Maha Esa, at least kita memberi peluang kepada diri kita sendiri. Akhir kata, bro Razzi tinggalkan dengan sedikit kata-kata perangsang dan semangat cinta untuk anda semua…
MUTIARA KATA dari Brother Betta… 
Jika dari hembusan angin, muncul jodoh di depan mata,
lalu cinta hadir melayang-layang diudara…
sambarlah ia bersama-sama,
mana tahu hadirnya dia adalah utusan emas dari Yang Maha berkuasa…
Kita hanya merancang dia yang menentukan segala-galanya,
maka berserahlah kepadaNya.
Redha…dan jatuhlah cinta lagi … apa salahnya?
Always, believe in LOVE! ;)

Wahai Lelaki Mengertilah Hati Wanita???


WaHaI LeLaKi mEnGeRTiLaH HaTi WaNItA 

Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2

"So, kaum lelaki hargailah wanita yg benar2 mencintaimu dgn kerelaan atynya & tanpa paksaan mencintaimu...." 
Nurkilan:Akram Akrisya

"CiNtA hAdIr TaNpa dIdUgA & CiNtA pErGi TaNpA kErElAaN"

Wavy Tail