Selamat Datang..

...Selamat Datang ke Blog Ruangan Akram Betta..

Inspirational Wallpapers

Sunday, November 13, 2011

10 Pembunuh Cinta???


Most of the time kita akan fikir, nak mendapatkan cinta tu dah satu hal susahnya…kemudian dah dapat bercinta, fuhh lega la, settled la kononnya. Sekali BOOM! … rupa-rupanya, lebih susah lagi bila kita nak menjaga pulak perhubungan tu…It’s not easy, keeping the love save and sacred is so MUCH HARDER!
Cuba anda tanya soalan ini pada diri anda sendiri,  “Adakah percintaan ini, cukup baik untuk aku sebenarnya? Adakah pasangan aku tu worth saving? Adakah dia akan menghargai perhubungan ini lebih-lebih lagi selepas aku tangani kesemua ‘pembunuh-pembunuh cinta’ ini?”
Well, pastinya setiap kesusahan dan cabaran di dalam cinta boleh kita atasi… NAMUN, ada lebih baik kita tahu, apa dan siapa pembunuh cinta itu, sekurang-kurangnya kita boleh bersedia untuk menhadapi rintangannya, moga-moga dengan izin Allah, kita dapat atasinya dengan tenang dan dihargai pasangan kita pula…HERE GOES the list…
  • 1. SIKAP BENCI PADA APA SAJA YANG DIA SUKA – Tanpa anda sedari salah seorang pembunuh cinta yang sebenarnya adalah diri anda sendiri! Yaa… mungkin anda benci dengan kariernya, benci dengan pendapatnya, benci dengan sosial life dan cara dia berkawan. Kesemua sikap benci anda kepada apa saja yang sudah sekian lama menjadi kesukaannya, hanya akan membunuh perhubungan cinta anda. TERIMA je laa…atau break je kalau tak suka.
  • 2. MELAYAN BEKAS KEKASIH – Hehe…mungkin di depan anda pasangan anda akan kata it’s okay, I tak jealous pun…as long as you tak buat apa-apa I’m good. Yaaa right! …cuba dia pula yang melayan bekas kekasih dia, macamana pula yang anda rasa? Siang malam ex dia asyik call je…konon nak minta bantuan. Lepas tu pasangan anda pula kata, “Jangan risau I Cuma nak tolong selesaikan masalah dia je” …hehehe, well jika anda sayangkan perhubungan tu, jangan bawa masuk pembunuh cinta anda ke dalam perhubungan itu…. “Let gone…be by gone!”
  • 3. SIAPA YANG SALAH – Jika sikap ingin mencari salah siapa ada pada both of you…dan both of you lah pembunuh cinta itu! Cari solusi…dan selesaikan masalah yang berbangkit. JANGAN sibuk nak mencari salah siapa. You kata dia salah, dia kata youuuu yang salah!… setiap masa pulak tu. ADOI!! BOSAN BEB…  nanti partner you cakap, “kalau berterusan macam ni, baik aku cari lain!” haaaa…. Kan dah terbunuh cinta tu. Sedangkan anda berdua sebenarnya amat mencintai antara satu sama lain, tetapi hanya kerana keegoaan tidak mahu kalah…anda kematian sebuah cinta sejati!
  • 4. TERJUN DALAM DIRINYA – Seperti seorang yang CONTROL FREAK! Segala-gala dia nak kawal, sehingga dia masuk dalam hidup anda…malah dia ada semua password anda, email, facebook, twitter, youtube. Lepas tu dia boleh menyamar jadi anda pulak! Habis semua orang dia maki hamun guna nama you. Lepas tu phone you pun dia kawal… asal ringing, dia yang jawab. Sms masuk dia yang baca dulu. Habis segala-gala tentang hidup you semua dalam tangan dia… obviously, percintaan sebegini, JAMIN tidak akan kekal lama. Dia adalah pembunuh cinta anda!
  • 5. SUDAH TERLALU TERBUKA – Nak tahu mengapa cinta anda dan dia hambar? INILAH SEBABNYA! Apabila sudah tiada misteri lagi, apabila sudah tiada rahsia lagi, segala-gala sudah begitu selesa bersama sehingga tiada lagi perasaan malu antara satu sama lain, maka dalam diam-diam, terbunuhlah cinta yang sudah sekian lama berputik. Anda fikir, kerana cinta anda mahu memberitahu segala-galanya pada dia maka dia akan cintakan anda sampai bila-bila… well you’re DEAD wrong! …save a little bit of yourself for yourself! Minta dia respect privacy anda jika dia benar-benar cinta. DON’T tell everything about yourself… or your past! Kalau dah lama bercinta… atau sudah lama berkahwin, biar sentiasa ada rasa malu… contoh : Jangan amalkan ‘melepas angin’ begitu saja atau jangan tonjolkan keseluruhan tubuh badan anda tu… Jika sudah begitu… apa ada lagi yang tinggal? NOTHING! …macamana nak hangat lagi percintaan tu?
There you go 5 pembunuh cinta… and you’re one of them! Anyway…topik ni memang panjang, Razzi boleh tulis satu buku baru hanya dengan topik ni saja hehehe…tapi tak pa lah…Razzi pendekkan, jadi… untuk mengetahui, 5 lagi ‘Pembunuh Cinta’ tunggu artikel sambungannya soon…
For now, cuba hayati betul-betul apa yang ditulis dan ubahkan sekarang sebelum anda kematian cinta anda yang telah lama bersemi itu…

5 pembunuh cinta, sudah kita ketahui di atas… persoalannya, adakah anda juga salah seorang yang telah secara tidak sengaja menjadi pembunuh kepada perhubungan cinta anda?
Jika ya… seharusnya kita mesti merasa risau dengan sikap kita itu, dan berubah kearah kebahagiaan bersama. Jika kita okay, tetapi pasangan kita yang sebegitu, seharusnya kita kena mencari penyelesaian yang sewajarnya. Fikirkan jalan terbaik, samada untuk teruskan atau sampai di sini sajalah…Keputusan di sini teramat penting untuk menentukan masa depan yang membahagiakan…
So, 5 lagi pembunuh cinta yang perlu kita sedari adalah :
  • 6. TABIAT SUKA MENIPU – Bukan menipu besar-besaran ni… menipu yang kecil-kecil. Yaa… kita ingat tak pa lah tipu sikit-sikit… The fact is, seorang yang sudah terlalu banyak sangat menipu ..akan menjadi seorang yang sudah tidak tahu lagi yang mana satu yang dia tipu dan yang benar. Tabiat menipu dia sudah sampai ke tahap kritikal. Sampaikan benda yang dia tak perlu tipu pun dia menipu. Apabila pasangan bertanya, “Lunch kat mana tadi?”… automatik terkial-kial menjawab soalan, “Tak makan pun” - Sedangkan anda keluar makan dengan kawan-kawan. Benda yang sekecil itu pun sudah menjadi tabiat anda untuk menipu… Mungkin sebab tak nak dia marah or terasa hati… namun, cuba teruskan amalan menipu kecil-kecilan ni, jika anda mahu membunuh percintaan anda suatu hari nanti.
  • 7. CEPAT COUPLE – Belum pun sebulan anda sudah falling in love, belum pun kenal muka anda sudah tak mahu kenal orang lain. Baru chatting siang malam, dan belum pun berjumpa anda sudah anggap dialah cinta anda, siap jeles-jeles lagi. Lepas tu siap rindu-rindu lagi… I miss you so much gitu! Jumpa keluarga anda pun belum tapi sudah declared COUPLE! ..lalu bercintalah. NOW, perangai sebenarnya mulai terbongkar… sikap pemalas, tak suka berusaha kurang bertanggung jawab… muncul satu persatu. Anda kata, “Dulu dia tak macam tu… tapi sekarang semenjak couple ni jadi macam ni, harap-harap dia berubah”  - YANG sebenarnya beb, perangai dia memang macam tu dari dulu lagi… tapi takkan nak tunjuk! Sikap cemburu giler, kedekut, pemarah, anti sosial…all that is out! Now, nak salahkan siapa? …salahkan diri sendiri je lah kerana, anda yang membunuh cinta anda itu kerana TERLALU CEPAT COUPLE! Proses mengenal isi hati dan budi pekerti…mengambil masa yang lama…sangat lama, minimum 1 year at least laa…in fact, sesetengah suami isteri YANG SUDAH 10 TAHUN KAHWIN pun masih belum betul-betul kenal antara satu sama lain, inikan pula anda yang baru berkenalan beberapa bulan…dah nak couple? Biar betul…
  • 8. SIKAP SUKA MEMBANDING – Mungkin secara tidak sengaja, anda terbuat dan teramalkan perkara ni selalu…suka sangat membanding-banding segala kejayaan dan kebahagiaan lalu yang pernah anda kecapi dengan orang lain atau dengan your ex…. Obviously sikap seperti ini hanya akan membunuh cinta anda.The best thing to do adalah CREATE A NEW MEMORIES, tak perlulah nak hidup di zaman lalu… hidup di zaman sekarang dengan mencipta segala kenangan-kenangan baru yang manis dan sendu untuk menyemarakkan lagi percintaan itu serta menyimpan CITA-CITA untuk bahagia di masa hadapan, cara begitu lebih menyelamatkan cinta.
  • 9. MEMBUANG DUNIA ANDA  Sebaliknya, hidup hanya dalam dunia dia! Honestly jika berlaku perpisahan… bukan dia yang bersalah beb… YOU! Anda yang bersalah, kerana anda telah membunuh dunia anda sendiri… membuangnya jauh, hanya kerana cinta. - SEDANGKAN, dengan memiliki dunia anda, pasangan anda akan lebih menghormati. Tanpa anda sedari dengan membuang dunia anda, anda sebenarnya mencipta pembunuhan terhadap percintaan anda. Anda punya keluarga, anda pinggirkan mereka. Anda punya teman-teman yang selalu menyokong anda, anda sudah tidak berkawan lagi. Anda punya karier yang anda amat cintai, anda berhenti. ANDA BUANG DUNIA ANDA sendiri semata-mata mahu membahagiakan dia… sehingga anda terlupa yang anda juga perlu dibahagiakan. Well, pada awal perhubungan mungkin anda merasa selesa BUT trust me… bila perhubungan anda sudah memakan usia… di saat itu baru anda sedar betapa pentingnya dunia anda, keluarga, kawan-kawan, pekerjaan yang anda suka, betapa rindunya anda melakukan segala-gala benda yang anda suka …anda rindu dunia anda! NAMUN, segala-galanya sudah terlambat.  Ramai juga yang putus arah apabila putus cinta atau yang bercerai… pabila sudah lama membuang dunia mereka sendiri… again, andalah pembunuh percintaan anda sendiri!
  • 10. OBSESSI KERANA CEMBURU – Ini adalah yang paling ramai berlaku dan PALING KRITIKAL! Berjaga-jaga dan syak wasangka itu bagus…tetapi apabila ianya keterlaluan, anda hanya sekali lagi… membunuh perasaan cinta pasangan anda. Sejujur-jujur ayat yang boleh Bro Razzi katakan adalah, “RIMAS GILER BEB!” hehe… yaa, it’s true. Setiap orang memerlukan kebebasan untuk bergerak, especially dalam kerja, pergaulan dan kehidupan seharian, jika anda asyik nak check 24/7 apa dia buat, dengan siapa dia jumpa, siapa yang hubungi dia, kemana dia pergi hari ni, berapa tempat dia pergi, mengapa telefon dia engaged, mengapa dia tak jawab call, apa yang dia bualkan dengan kawan-kawannya, apa yang dia sembunyikan dari anda, mengapa dia begitu, mengapa tidak begini? … fuhhh, Razzi cakap semua ni pun rasa tension beb, I’m sure anda sendiri pun rimas, kan?! Jadi mengapa mesti lakukan? Kalau anda tidak percaya kepada pasangan anda mengapa mahu bercinta dengan dia? Dan sampai bila anda nak syak wasangka ni? Sampai bila-bila? …bila nak bahagia kalau macam tu? Baik cari orang lain saja yang anda tidak ada rasa takut dia dirampas orang, that way… anda selamatkan perhubungan itu. Now choose! You see… Sekiranya pasangan anda atau anda sendiri memiliki sikap prasangka buruk sebegini…maka dialah pembunuh terunggul percintaan anda… lambat laun akan hilang segala-gala kemanisan cinta yang dikecapi… I call it “SLOW DEATH of LOVE”
Basically, ianya tidak perlu mengambil orang lain, atau tidak perlu melihat jauh untuk mengenali siapa pembunuh cinta itu sebenarnya. Ia samada anda atau…err anda atau dia…atau kedua-duanya sekali! Hehe :)
  • Jadi, apa yang perlu anda buat? Apa pula yang perlu pasangan anda lakukan? …simple je JAUHKAN DARI MENJALANI HIDUP SEPERTI SEORANG PEMBUNUH CINTA… hindarkan jika anda benar-benar cinta. Jangan beri makan keegoaan anda itu… jangan suap nafsu sarakah anda dengan ketaksuban cinta sehingga membunuh segala-galanya…
Ini adalah untuk anda dan pasangan anda… adakah anda mendapat kepuasan hebat dari sikap anda yang sebegitu? …atau, tidakkah ianya sesuatu yang bernilai jika anda hindarkan?
Razzi tinggalkan persoalan ini kepada anda sendiri untuk membuat keputusannya…  all the best and always, BELIEVED!

Cinta Tidak Perlukan Sebab???


Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.

Kata-Kata Semangat...


“Prepare for the best, plan for the worst and expect to be surprised.”
Terkadang kita sering putus asa dan nggak yakin akan diri sendiri.
Calm down. Inget kata-kata ini, kalo kita sedang bersiap menerima keberhasilan dan berencana untuk kegagalan kita dan berusaha untuk memperbaikinya dan lebih maju lagi!!

“I cannot fail”
Dalam melakukan sesuatu kita harus yakin kita akan berhasil.
Kalau kita yakin 100% akan berhasil, maka kita pasti akan berhasil.

“If i never try, I’ll never know.”
Jangan takut bila kamu dihadapkan pada suatu kesempatan dan kamu bingung untuk mencubanya atau tidak.
Walau pun hasil dari mencuba ternyata mengecewakan,usah sedih. at least kamu punya pengalaman baru dan pelajaran yang akan membuat kamu lebih dewasa.

“Today is not a good day to give up”
Berpikirlah positif bahwa hari ini bukanlah hari untuk menyerah
Karena menurut orang yang sudah sukses, jalan menuju ke sana memang bikin orang pengen nyerah.

“If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes.”
Orang-orang sukses di dunia ini, awal dari kesukesaannya dimulai dari bermimpi.
Dari mimpinya mereka berusaha untuk mewujudkannya, hingga mereka berhasil mencapai mimpinya.

“Life is either a daring adventure or nothing.”
Hidup adalah petualangan yang membutuhkan keberanian, bila tidak itu bukanlah hidup.

“Every artist was first an amateur.”
Untuk menjadi yang hebat pasti dimulai dari awal.
Jadi wajar ajah kalo kita emang musti banyak belajar dan sabar untuk maju.

Ayat-Ayat Motivasi...


Senarai ayat2 motivasi, semoga memberi manfaat=)

1)Jangan banyak berdalih tapi katalah boleh.
2)Seorang SAHABAT lebih baik dari seribu KAWAN.
3)1 kesalahan dapat menutup 10 kebaikkan, tapi adakah 1 kebaikkan dapat menutup 10 kesalahan?
4)Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.
5)Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
6)kejatuhan akan membakar semula semangat kita yang kian lumpuh.
7)Pengalaman adalah guru kepada kehidupan.
8)Jadilah lilin yang menerangi dunia ataupun jadilah cermin yang boleh membiaskan cahaya lilin itu.
9)Kekuatan manusia terletak pada akalnya.
10)Orang bodoh tak kenal orang pandai sebab dia tak pernah pandai tetapi,orang pandai kenal orang bodoh sebab dia pernah bodoh.
11)kehidupan ini dipenuhi dengan seribu kemanisan tetapi untuk mencapainya perlukan seribu macam pengorbanan.

Doa lupa Jawapan...

“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku"

Doa selepas Ulangkaji...


Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.”

Mengalah Demi Mempertahankn Hubungan....




"Cakaplah dengan saya, apa-apa sahaja"
"Takpelah"

"Ada yang awak pendam ni"
"Takde"

"Apa salah saya?"
"Awak tak salah apa-apa"

"Pasal saya senyap ke? Awak marah?"
"Tak. Saya dah biasa"

"Sebab awak tunggu saya lama sangat?"
"Tak lah."
"Betul?"
"Saya dah biasa sangat"

http://farm3.static.flickr.com/2591/3876748275_3f79ab8afc.jpg
[Sumber gambar]

Pernahkah dalam perhubungan yang dilalui mengalami situasi perbualan seperti di atas? Situasi di mana, dengan anggapan untuk mengelakkan pergaduhan, atau perselisihan pendapat, salah seorang daripada pasangan akan berundur ke belakang demi memastikan perhubungan tidak akan terjejas dengan situasi yang mungkin kecil atau remeh, tetapi membuatkan sedikit hati terguris. Sebagai contohnya, isi perbualan di bawah ini. 

A : "Tak suka kalau awak diam"
B : "Kenapa?"
A : "Bila awak diam, maksudnya ada benda yang tak kena"
B : "Ye ke?"
A : "Ya. Macam hari tu, yang tentang salji tu, sampai sekarang tak faham"
B : "Oh, benda tu?"
A : "Tak faham woo"
B : "Awak janji dengan saya, nak beritahu bila salji mula turun"
A : "Ada eh?"
B : "Ada. Tapi awak mungkin lupa. Awak beritahu orang lain, bukan saya"
A : "Oh, salah saya!"
B : "Takpe. Bukan satu masalah besar pun"
A : "Sekarang baru faham kenapa awak lain sangat"
B : "Takpe. Dah biasa"
A : "Kenapa awak selalu mahu mengalah?"

http://farm5.static.flickr.com/4010/4220241807_c5f255529f.jpg
[Sumber gambar]

Aku percaya sesetengah daripada sesiapa yang mempunyai hubungan, adakalanya perlu beralah demi memastikan segalanya baik. Segalanya menjadi. Mengetepikan hati sendiri, demi memastikan senyuman terus terukir. Tetapi, memendam terlampau lama juga tidak baik sebenarnya. Sendiri yang akan sakit, sendiri yang akan terpuruk geram.

Jadi, apa yang penting dalam situasi sedemikian rupa, adalah :

1 - Berbincang dengan pasangan anda. Ya, luahkan apa yang terbuku di hati dengan memberikan rasional atas tindakan yang anda lakukan. Elakkan daripada marah tidak tentu hala dan mengakibatkan hubungan menjadi lebih teruk. Sudah tentu tiada siapa yang enggan berada dalam situasi yang membimbangkan mereka sendiri.

2 - Berikan yang terbaik demi kebaikan diri dan si dia. Sudah tentu dalam apa sahaja, kita perlu memikirkan kebaikan dan juga keburukan sesuatu benda. Jadi, jangan jadi tamak tidak tentu hala. Tamak untuk kegembiraan sendiri hingga mengakibatkan anda mengabaikan si dia. Jangan.

3 - Ruang peribadi masing-masing. Kenali pasangan anda dengan memberikan ruang peribadi. Percayalah. Kalau lelaki main permainan hingga terleka, bukan dia mahu mengabaikan kita. Cuma dia perlukan ruang untuk melepaskan tekanan. Yang perempuan kalau asyik dengan kerja membeli belah, dia sebenarnya sedang berusaha menenangkan jiwa. Tetapi, dalam kita memberikan ruang peribadi kepada pasangan agar mereka selesa, jangan lupa untuk dapatkan masa berkualiti bersama.

Situasi 1

A : Sayang, saya nak main 'game'.
B : Pergilah.
A : Betul ke?
B : Betul.
A : Baiklah.


Situasi 2

A : Awak beri saya main 'game' tu sebab awak marah eh?
B : Mana ada?
A : Betul kan?
B : Sebenarnya, saya memang beri awak main 'game' sebab saya nak berikan awak ruang untuk buat kerja awak sendiri. Tapi, dalam masa yang sama, kalau awak dapat luangkan masa dengan saya dalam 10 minit pun cukuplah.
A : Oh.
B : Kenapa? Awak sangka saya halau awak ke?
A : Lebih kuranglah.
B : Tak. Ini saya berikan rasional tindakan saya.


http://farm3.static.flickr.com/2802/4339393093_86e67ac0c5.jpg
[Sumber gambar]

Jadi, anda berada dalam situasi manakah?

Adakah ini ciri wanita idaman anda???

01 - Terlampau mengambil berat hingga tahap mengongkong.
Menjadi sifat perempuan, mengambil berat semua benda. Setiap daripada maklumat yang dia dengari akan menjadi satu memori. Keberkesanan berapa lama memori itu akan tinggal dalam sistem adalah bergantung kepada berapa pentingnya maklumat tersebut pada mereka. Sebagai contoh, ulang tahun setiap ahli keluarga, ulang tahun si dia, segala jenis tarikh yang pada mereka bermakna, tempat tinggal kawan-kawan, dan pelbagai lagi, hatta apa yang mereka pakai sepanjang minggu termasuk minggu sebelumnya. 

Itu baik. 
Tapi setiap benda baik, jika terlampau banyak, boleh mengakibatkan kesan buruk. Seperti juga dadah. Kalau kau makan dadah sedikit, ubat batuk atau panadol sebagainya dalam kuantiti yang dibenarkan doktor, insyaALLAH, penyakit akan sembuh. Tapi kalau diambil secara berlebihan hingga ketagih, memang boleh membunuh. Jadi, adakah situasi di bawah berlaku pada anda?

A : Awak pergi mana semalam?
B : Keluar dengan kawan-kawan.
A : Keluar pergi mana?
B : Sekadar makan-makan je.
A : Ada berapa orang?
B : Dalam 5-6 orang.
A : Saya kenal mereka tak?
B : Entah. Tak kot?
A : Semua lelaki juga ke?
B : Ya.
A : Betul ke?
B : Betul.
A : Awak pakai baju apa je masa keluar dengan mereka?
B : Kenapa?
A : Awak jawab je la.
B : Ala, baju biasa. Kasual.
A : Awak tak pakai baju yang saya bagi?
B : Tak.
A : Awak tak suka eh?
B : Eh. Apa benda yang awak mengarut ni?

Ya, terlampau mengambil berat sehingga selalu tersasar daripada matlamat asal dalam soalan. Silap-silap boleh menimbulkan pergaduhan disebabkan perkara yang kecil. Pakaian apa yang dipakai semua mahu diketahui sehingga juga mungkin warna seluar dalam. Eh, lelaki pakai seluar dalam ke boxer? Mana-mana pun boleh la. Awas kalian, boleh ambil berat, tapi jangan sampai mengongkong.

02 - Suara lantang tanpa berhemah.
Tiada masalah kalau mahu meluahkan apa yang terbuku tidak berpuas hati dalam hati. Daripada terus dipendam, hingga boleh mengakibatkan kesan buruk, beritahu pasangan anda dengan baik adalah perlu demi kesejahteraan hubungan dan juga kesihatan anda sendiri. Sudah tentu anda tidak mahu diserang sakit jantung atau tekanan perasaan disebabkan menjeruk hati sendiri yang tiada nilai pasaran. Hati yang dijeruk tidak dijual di dalam balang-balang pasar raya. Eh.

Anda juga mungkin sudah penat mahu mengalah
Pada anda, mengalah itu kalah.
Dan anda tidak mahu pasrah.

Ada pendekatan dan cara yang baik bagi memberitahu sesuatu yang anda kurang gemari. Sebagai contohnya, anda kurang gemar si dia memakai baju bewarna hitam disebabkan dia akan kelihatan segak dan semua perempuan lain akan memandang dia. Untuk mengelakkan (kononnya) perempuan lain menikmati keindahan ciptaan Tuhan itu, anda bercadang menegur dia.

http://farm4.static.flickr.com/3284/2490715232_cfa95d2849.jpg
[Sumber gambar]


Situasi 1

A : Awak jangan pakai baju hitam lagi.
B : Kenapa?
A : Awak nampak tak senonoh.
B : Apa?
A : Awak nampak gemuk. Lagipun, saya tak tahan la orang lain cakap awak gemuk. Lepas tu rasa macam awak selekeh sangat. Awak takde baju lain ke? Warna lain?
B : Apa yang tak senonohnya saya? Tak fahamlah.
A : Saya kata jangan pakai, jangan pakailah!
B : Dah tu awak nak saya pakai apa?
A : Pakai warna lainlah!
B : Saya nak konvo ni, baju saya mesti hitam.
A : Awak jangan konvo macam tu.
B : Apa?!

Untung kalau tak ditinggalkan atau ditangankan.

Situasi 2

A : Sayang, awak nampak segak kalau pakai baju hitam.
B : Biasa sahajalah.
A : Awak memang banyak baju hitam ya?
B : Bolehlah.
A : Kalau awak pakai baju hitam masa keluar dengan saya sahaja boleh?
B : Kenapa?
A : Entahlah, tapi saya rasa awak nampak menarik begitu. 
B : Boleh, tiada masalah.
A : Bukan maksudnya awak tak boleh pakai langsung tahu?
B : Faham. Saya ok je.
A : (gelak kecil) Ramai perempuan tengok awak tahu kalau awak pakai begitu.
B : Saya nak awak sahaja yang tengok saya.
A : Terima kasih awak.

Bukankah situasi itu lebih baik?

03 - Kuat merajuk tidak tentu hala.
Ini antara sikap yang menjadi pilihan sesetengah perempuan.
Merajuk bila apa yang mereka perlukan tidak dipenuhi. Ada baiknya juga merajuk sesekali sekala, sebab anda mungkin dapat melihat sama ada lelaki itu mengambil berat atau tidak. Tapi, kalau sentiasa merajuk, sentap tidak tentu hala bagaikan datang bulan setiap masa, anda sebenarnya sedang menempah kepada bala. Bukan sahaja teman lelaki boleh sakit kepala, orang di sekeliling anda juga mungkin akan geleng kepala dan berlalu dari hidup anda.

Jadi, bagaimana hendak menghadapi situasi orang yang merajuk tidak tentu hala bagaikan cuaca yang tidak menentu ini? Baru kita nak bergelak ketawa, dia sudah tarik muka, hentak kaki dan pandang dinding tanpa sebarang rasa. 
  • Pujuk - Selagi mampu, pujuklah. Cakap baik-baik, moga hati yang keras macam batu itu akan luntur ibarat dicurah dengan bahan kimia yang tajam dan berkuasa. Kalau boleh, biarlah ada bau wangi selepas itu ibarat menggunakan Downy ataupun Softlan.


  • Biarkan dia sejuk - Ada orang masa marah, masa merajuk, langsung tidak boleh disentuh. Makin disentuh, makin panas hati dia. Kalau ada barang di sekeliling, ada harapan segalanya berterbangan dan porak peranda macam budak baru nak 'up' (BBNU) buat vandalisme. Tinggalkan dia buat sementara, buat kerja lain, lepas tu, datang pujuk semula. Berapa lama mahu ditinggalkan untuk keadaan reda, adalah bergantung kepada bagaimana anda kenal pasangan anda.


  • Pujuk diri sendiri - Dah kalau dipujuk pun, tidak mahu berganjak dan keras kepala, biarlah dia pujuk hati sendiri. Bagilah dia merajuk sepuas hati dia. Nanti dah baik, elok semula, datang kembali mungkin rasanya. Biarkan dia layan merajuk sampai dia pun bosan dengan diri sendiri. Heh. (Baiklah, nasihat ini kedengaran keji)

04 - Degil.
#patdd (pandang atas tangan di dada)

Ada banyak kedegilan manusia. Malas mandi mungkin satu kedegilan juga. Degil dan tidak mendengar nasihat yang baik, bolehlah bikin hati agak panas sesekali sekala. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan sesuatu yang penting sehingga menjejaskan kesihatan.

B : Awak, pergilah tidur.
A : Tak nak.
B : Janganlah degil. Esok kan kena bangun pagi.
A : Tapi, tapi nak berbual dengan awak lagi.
B : Macam inilah, awak tidur dulu, nanti bangun awal pagi, boleh berbual.
A : Macamlah awak ada nanti kan?
B : Ada. Nanti saya kejut awak.
A : Kalau awak takde?
B : Dah tu tak nak tidur?
A : Tak nak.
B : Nanti awak jadi panda, siapa susah?
A : Tak susahkan awak.
B : Degil betul. Nanti jadi panda, lepas tu bawa kereta laju-laju kan?
A : Awak nak saya bawa kereta macam tu?
B : Bukan. Hish.
A : Dah tu?
B : Nak suruh awak jaga kesihatan je.
A : Dah tu kalau saya tidur, awak nak buat apa?
B : Saya tunggu awak. Saya boleh buat kerja lain.
A : Baiklah.


Tapi, nak dapatkan jawapan terakhir itu agak payah kan? (pusingkan anak mata)
Ada benda yang perlu kita degil demi pertahankan pendirian ataupun prinsip, tapi kalau demi kebaikan, ikutlah dan terima nasihat dengan baik. Siapa yang tidak mahukan perhubungan yang sihat dan kebahagiaan yang berpanjangan?

http://farm5.static.flickr.com/4051/4326729534_5529e13fa5.jpg
[Sumber gambar] - Maafkan saya sebab selalu degil. Eh.

Bak kata seseorang, "Saya nak hidup dengan awak bukan untuk sebulan, setahun sahaja. Kalau boleh saya nak hidup dengan awak lama. Mungkin tak lama mana, 5 hingga 6 dekad pun dah memadai asalkan kita bersama hingga akhirnya"

5 hingga 6 dekad tu dalam 50 hingga 60 tahun kan?

Nota Kaki :
Sekadar peringatan. Kalau anda tidak berpuas hati dengan tulisan di atas, sila jangan marah yew...Sumber dr seseorg....

Wavy Tail