Selamat Datang..

...Selamat Datang ke Blog Ruangan Akram Betta..

Inspirational Wallpapers

Sunday, November 13, 2011

Mengalah Demi Mempertahankn Hubungan....




"Cakaplah dengan saya, apa-apa sahaja"
"Takpelah"

"Ada yang awak pendam ni"
"Takde"

"Apa salah saya?"
"Awak tak salah apa-apa"

"Pasal saya senyap ke? Awak marah?"
"Tak. Saya dah biasa"

"Sebab awak tunggu saya lama sangat?"
"Tak lah."
"Betul?"
"Saya dah biasa sangat"

http://farm3.static.flickr.com/2591/3876748275_3f79ab8afc.jpg
[Sumber gambar]

Pernahkah dalam perhubungan yang dilalui mengalami situasi perbualan seperti di atas? Situasi di mana, dengan anggapan untuk mengelakkan pergaduhan, atau perselisihan pendapat, salah seorang daripada pasangan akan berundur ke belakang demi memastikan perhubungan tidak akan terjejas dengan situasi yang mungkin kecil atau remeh, tetapi membuatkan sedikit hati terguris. Sebagai contohnya, isi perbualan di bawah ini. 

A : "Tak suka kalau awak diam"
B : "Kenapa?"
A : "Bila awak diam, maksudnya ada benda yang tak kena"
B : "Ye ke?"
A : "Ya. Macam hari tu, yang tentang salji tu, sampai sekarang tak faham"
B : "Oh, benda tu?"
A : "Tak faham woo"
B : "Awak janji dengan saya, nak beritahu bila salji mula turun"
A : "Ada eh?"
B : "Ada. Tapi awak mungkin lupa. Awak beritahu orang lain, bukan saya"
A : "Oh, salah saya!"
B : "Takpe. Bukan satu masalah besar pun"
A : "Sekarang baru faham kenapa awak lain sangat"
B : "Takpe. Dah biasa"
A : "Kenapa awak selalu mahu mengalah?"

http://farm5.static.flickr.com/4010/4220241807_c5f255529f.jpg
[Sumber gambar]

Aku percaya sesetengah daripada sesiapa yang mempunyai hubungan, adakalanya perlu beralah demi memastikan segalanya baik. Segalanya menjadi. Mengetepikan hati sendiri, demi memastikan senyuman terus terukir. Tetapi, memendam terlampau lama juga tidak baik sebenarnya. Sendiri yang akan sakit, sendiri yang akan terpuruk geram.

Jadi, apa yang penting dalam situasi sedemikian rupa, adalah :

1 - Berbincang dengan pasangan anda. Ya, luahkan apa yang terbuku di hati dengan memberikan rasional atas tindakan yang anda lakukan. Elakkan daripada marah tidak tentu hala dan mengakibatkan hubungan menjadi lebih teruk. Sudah tentu tiada siapa yang enggan berada dalam situasi yang membimbangkan mereka sendiri.

2 - Berikan yang terbaik demi kebaikan diri dan si dia. Sudah tentu dalam apa sahaja, kita perlu memikirkan kebaikan dan juga keburukan sesuatu benda. Jadi, jangan jadi tamak tidak tentu hala. Tamak untuk kegembiraan sendiri hingga mengakibatkan anda mengabaikan si dia. Jangan.

3 - Ruang peribadi masing-masing. Kenali pasangan anda dengan memberikan ruang peribadi. Percayalah. Kalau lelaki main permainan hingga terleka, bukan dia mahu mengabaikan kita. Cuma dia perlukan ruang untuk melepaskan tekanan. Yang perempuan kalau asyik dengan kerja membeli belah, dia sebenarnya sedang berusaha menenangkan jiwa. Tetapi, dalam kita memberikan ruang peribadi kepada pasangan agar mereka selesa, jangan lupa untuk dapatkan masa berkualiti bersama.

Situasi 1

A : Sayang, saya nak main 'game'.
B : Pergilah.
A : Betul ke?
B : Betul.
A : Baiklah.


Situasi 2

A : Awak beri saya main 'game' tu sebab awak marah eh?
B : Mana ada?
A : Betul kan?
B : Sebenarnya, saya memang beri awak main 'game' sebab saya nak berikan awak ruang untuk buat kerja awak sendiri. Tapi, dalam masa yang sama, kalau awak dapat luangkan masa dengan saya dalam 10 minit pun cukuplah.
A : Oh.
B : Kenapa? Awak sangka saya halau awak ke?
A : Lebih kuranglah.
B : Tak. Ini saya berikan rasional tindakan saya.


http://farm3.static.flickr.com/2802/4339393093_86e67ac0c5.jpg
[Sumber gambar]

Jadi, anda berada dalam situasi manakah?

0 comments:

Post a Comment

Wavy Tail