Selamat Datang..

...Selamat Datang ke Blog Ruangan Akram Betta..

Inspirational Wallpapers

Tuesday, December 18, 2012

TRILOGI CINTAKU FULL SHORT MOVIE... Jom Layanzzz










Alhamdulillah dengan berkat dan doa semua orang, saya dan kawan-kawan dapat menyiapkan sebuah filem pendek yang bertajuk "TRILOGI CINTAKU"... Walaupun bermacam-macam rintangan dan halangan yang menimpa, akhirnya saya dan kawan-kawan dapat siapkan juga... Not all perfect... Insya'Allah kalau diberi peluang sekali lagi, saya dan kawan-kawan akan melakukan yang lebh terbaik lagi pada masa akan datang... Jom kawan-kawan kita layan dulu sait.. Hehehe...

Kemenangan atau Kejayaan Paling Penting?

Assalamualaikum semua... Wahhhh lama sungguh saya x update blogger... Alhamdulillah dengan berkat Allah SWT saya dapat mengisi dan berkongsi bersama-sama anda semua satu kata-kata hikmah atau kata-kata motivasi dalam hidup terutamanya dalam sesetengah acara atau pertandingan yang kita sertai... Ok, saya tidak mahu berkata panjang-panjang... Just nk share pada pagi yang indah ialah "JANGAN LAH KITA BERFIKIR HANYA UNTUK MENCARI KEMENANGAN, SEBALIKNYA KITA CARILAH KEJAYAAN" dan "JANGAN LAH KITA HANYA PASANG MATLAMAT UNTUK MENANG SEBALIKNYA PASANG LAH MATLAMAT UNTUK LAKUKAN YANG TERBAIK DARI YANG TERBAIK"... Ayatnya mudah tapi ada sejuta makna yang tersirat dalam kata-kata tersebut... Amalkan dan hayatilah ayat saya itu... Insya'Allah dengan berkat Allah, kita akan memperolehi kejayaan terutamanya dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pertandingan... Good Luck all ...

Monday, February 27, 2012

Tip-Tip Kenali Seseorang berbohong kpd anda???


Banyak cara sebenarnya untuk 'membaca' seseorang sama ada dia seorang yang baik, jujur atau sebenarnya seorang pembohong. Seseorang yang gemar berbohong, biasanya sudah mempersiapkan pelbagai cerita sebelum berjumpa dengan orang yang akan ditemuinya. Namun, dalam hal tertentu seperti menjawab pertanyaan atau membuat pengakuan spontan, reaksi manusia berbohong sebenarnya boleh kita kenal pasti. 

Berikut adalah tip-tip cara mengenali seseorang yang sedang berbohong:-

1. Nada suara
Biasanya dari intonasi vokalnya, anda akan tahu apakah perkataannya benar atau tidak. Sebagai sahabat atau pasangan, anda mungkin sudah mengenali bagaimana karakter seseorang itu melalui suaranya ketika memberi penjelasan.

2. Enggan berjumpa 
Apabila anda mengajaknya keluar untuk bertemu, pasti dia akan banyak memberi alasan. Dengan tiba-tiba, tingkah lakunya berubah tanpa diduga. Mungkin kerana merasa bersalah, pembohong tidak suka berdekatan dengan orang yang dibohonginya.

3. Menyentuh hidung 
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ia membesar. Fenomena itu juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya. 

4. Menutup mulut 
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi, kita sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. 

5. Gagap 
Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba menjadi gagap, itu merupakan tanda-tanda bahawa dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya, tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan itu disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong. 

6. Pergerakan mata 
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kerlipan mata berkurangan daripada kadar biasa, itu mungkin tanda berbohong. Ada juga keadaan yang mana sekiranya mata seseorang tiba-tiba mengerdip dengan banyak, itu merupakan tanda-tanda kemungkinan bahawa dia sedang berbohong. Kerlipan mata yang normal tidak menunjukkan dirinya berbohong. 

7. Melengah-lengahkan jawapan 
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta. 

8. Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk tatkala berhadapan dengan sesuatu soalan, kemungkinan itu merupakan seseorang sedang berbohong. 

SumberTertentu;

Saturday, February 25, 2012

Dpt duit Free2 Jew???



Salam...Hye kawan2 jom join nie...
free ja... X pyah bwak kluaq duit pon...
modal free ja,,, signup pastu promote,,,
Dpat jugak duit... Law da rezeki mngkin ble kurang masalah kewangan kita...
 X salah kalaw mncuba...nie link dia...

SignUp yew... Insya'Allah ada rezeki t kita dpt lah...

Saturday, February 18, 2012

Ayat - Ayat Cinta.....

kata-kata cinta
Assalamualaikum pembaca ruanganakrisya, ok arini saya nk berkongsi kpd anda sume antara ayat cinta yg boleh kita terapkn dlm diri kita bersama yew... Baca n renung2kn lah yew... Selamat bercinta...<3...Hehehe...
1.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
2.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
3.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu.Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
4.Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.Jika tidak,kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
5.Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum,sambil berkata:aku turut bahagia untukmu.
6.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
7.Jika kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
8.Perasaan cinta itu dimulai dari mata,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
9.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
10.Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat.
11.Cinta mampu melunakkan besi,menghancurkan batu,membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.Inilah dasyatnya cinta!.
12.Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga,manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
13.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.namun apabila sampai saatnya itu,raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
14.Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
15.Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
16.Bercinta memang mudah.Untuk dicintai juga memang mudah.Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
17.Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,ialah jangan menuntut agar kita dicintai,tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
18.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang,ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya,dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
19.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,sehinggalah kamu kehilangannya.Pada saat itu,tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
20.Cinta tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi,cinta membawa penderitaan,tetapi tidak pernah berdendam,tidak pernah membalas dendam.Di mana ada cinta di situ ada kehidupan,manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
21.Jangan mencintai seseorang seperti bunga,kerana bunga mati dikala musim berganti.Cintailah mereka seperti sungai,kerana sungai mengalir selamanya.
22.Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
23.Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Akhir sekali,
cinta..kita harus jaga ia dengan penuh kasih sayang dan ikhlas dihati..jadi , jangan lah kita rosakkan cinta yang indah itu dan akan hancur menjadi halusan dari setiap cebisan kaca yang akan melukakan hati yang membuat insan yang menyayangi kita terus membenci buat selamanya..cinta is love..love itu cinta…..
Nurkilan : Akram Akrisya

Tuesday, February 14, 2012

Sunday, February 5, 2012

...Detik-Detik Pemergian Rasulullah SAW...



Assalamualaikum, pertama sekali saya nk ucapkn Salam Malidur Rasul... Jom kita hayati video di bawah ini yew... Harap video ny dpt memberikn kita ilmu n kesedaran dlm hidop kita yew..
.

Saturday, February 4, 2012

...Maulidur Rasul 1433 Hijrah...


Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun 1433 ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita umat Islam sedia maklum merupakan bulan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sekalipun seringkali saya ulangi, peristiwa kelahiran baginda tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul, kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat Islam, termasuk di Malaysia keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini...
Akhir kata, saya mengharapkan sambutan Maulidur-rasul pada kali ini benar-benar memberikan manfaat untuk semua khususnya di dalam meningkatkan kefahaman kita kepada Islam yang syamil (komprehensif) yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW... Jom kita hayati bersama lagu di bawah ini... "Dia Kekasih Allah-Hijjah"...




Friday, February 3, 2012

Jatuh Cinta LAGI???


Kadang-kadang rasa letihhhh sangat-sangat apabila beberapa kali gagal dalam cinta kemudian nak mencari cinta balik, nak mula bercinta balik, nak mula belajar mengenal balik, nak memikat balik, nak jaga itu nak jaga ini, rasa macam aduuuhh….AGAIN?Ok let go on.....
  • Starting all over again tu seolah-olah satu penyeksaan sebenarnya. The process is HARD! It’s never get easy… unless kalau bangsa tak ada feelings memang mudahlah kan… malas la nak cakap.
Kita yang mudah sayangkan orang ni… fuhhh memang susah nak kawal sebenarnya, lebih-lebih lagi orang yang berdepan dengan kita tu penyayang, manja, caring… habislah kita hehehe…
JATUH CINTA LAGI… dah cuba elak, cuba tak nak rapat, cuba melupakan semua kenikmatan percintaan itu… tapi RASA itu tiba-tiba menjelma…I’m serious ni, memang tiba-tiba menjelma entah dari mana, sedar-sedar… “Aduuhh sayangnya aku kat dia!” haaa… memang susah untuk melawannya laa… :p
Sebab itulah ramai yang sudah berpunya pun, boleh jatuh cinta lagi… yang sudah berkahwin pun, lagi mudah jatuh cinta, lebih-lebih lagi apabila pasangan tidak berapa kisah sangat. Tidak menghiraukan pasangan dia sangat… Yang hadir pula caring giler-giler, sangat  mengambil berat… cunnnn pulak tu. Love is in the air la kan… segala keletihan hilang, segala benci dilupakan begitu saja.
Selalunya, yang bukan kita plan itulah yang MENJADI  tuhhh adoi…(Mail lambung...Hahaha)
secara kronologinya :
  • bukan kita nak berkenalan dengan dia pun, maybe niat sebenar nak cari kawan lama. Kebetulan dia kenal… so minta tolong dia la kan.
  • Lagi pun maybe bila kita tengok kat dia tu, memang takkan dia nak kat kita ni la kan.
  • Apalah sangat diri kita ni, asal pun dari kampung takkan laaa dia yang moden dan sofistikated tu boleh layan kita pula kan…
  • Tetapi, hari makin hari melayan…lama-lama muncul rasa kasih.
  • Hanya dari perbualan seharian saja sudah timbul rasa sayang.
  • ….aduuhhh, bestnyaa… JATUH CINTA LAGI!
Entah-entah dia lagi la tak plan! Sememangnya dia bangsa mudah mesra dan penyayang dengan semua orang… tiba-tiba kita yang syok sorang hahaha :D  - Dia sebenarnya tak ada rasa apa-apa pun kat kita maluuu!
Itu yang menjadikan jatuh cinta ini bertambah letih tu…
THE GAMES! – permainan di sebalik proses percintaan tu yang buat kadang-kadang giler dibuatnya. Jiwa kita yang terus-terusan tertanya-tanya…
  • “dapat ke tak dapat ni? Dia nak kat aku ke tak? Ke dia ada orang lain yang dia minat? Tapi dia layan aku best… camana ek?”
Dia pulak,
  • “Aku suka dia, suka berkawan dengan dia… best sangat, happy… tapi aku nak kat yang lain, ishh… camana ni yang mana satu aku nak? Kan nanti aku tinggalkan yang ini… yang itu pulak tak nak kat aku?! ADOI”
THE FACT IS…
Allah s.w.t telah temukan kita berdua tu… atau anda dan dia tu, mestilah kerana sesuatu… I’m very sure must have something la kan! Tapi, takkan Tuhan nak bagi bergolek… siap dalam dulang… mana boleh! Dia bagi jalan je la… kitalah yang mencipta peluang itu atau kita hanya membiarkan peluang itu berlalu…
  • Tuhan sudah memberi pertemuan itu… tetapi RAMAI di antara kita hanya mahu melihat yang lain, jauh dari pertemuan yang mudah itu. Yang lebih bersifat terancang… yang duk syok, duk tengok… yang duk target punya lama tak dapat-dapat tu hehehe….
dari dulu lagi Bro Razzi selalu berkata, “FALLING in LOVE is EASY… KEEPING it, is HARD!”
Jatuh cinta itu mudah, mengekalkan cinta itu yang susah. yang peliknya, KITA yang tidak mahu percaya, jatuh cinta itu mudah, lantas kita yang menyusahkannya lagi dengan menolak cinta di depan mata, sebaliknya mengutamakan yang seberang sana!
Boleh bukan tak boleh nak pilih yang jauh, yang susah dan yang mana sekali pun NAMUN… cuba renung sejenak…
MENGEKALKAN cinta itu dah susah…AMAT PANJANG pula perjalanan cinta tu. Bukan hanya setakat nak mencari cinta atau jatuh cinta saja… Waktu bercinta lagi, kemudian bercinta dengan kaum keluarganya lagi. Mengharungi percintaan dalam rumah tangga lagi… mengharungi hidup berkeluarga dan menjaga zuriat lagi fuuuuu…. penuh dengan dugaan dan cabaran, Susah semua tu!! Jadi mengapa nak menambah lagi susah yang memang sudah menunggu?
Bila dah JATUH CINTA LAGI tu… go ahead je laa ;)
  • Namun tentu saja bagus kalau kita jadi yang sedikit memilih demi masa depan yang membahagiakan. Tetapi jangan memilih sampai langsung tidak mencuba.
  • Take it macam ni, orang yang kahwin 20 tahun pun boleh bercerai…Anggap ianya adalah satu proses, nasib dan takdir Allah s.w.tyang tentukan … Jika ada rezeki kita, InsyaAllah kekal sehingga akhir hayat.
  • Apa nak jadi untuk masa depan tu… kita berusaha, redha dan pasrah kepada Maha Esa, at least kita memberi peluang kepada diri kita sendiri. Akhir kata, bro Razzi tinggalkan dengan sedikit kata-kata perangsang dan semangat cinta untuk anda semua…
MUTIARA KATA dari Brother Betta… 
Jika dari hembusan angin, muncul jodoh di depan mata,
lalu cinta hadir melayang-layang diudara…
sambarlah ia bersama-sama,
mana tahu hadirnya dia adalah utusan emas dari Yang Maha berkuasa…
Kita hanya merancang dia yang menentukan segala-galanya,
maka berserahlah kepadaNya.
Redha…dan jatuhlah cinta lagi … apa salahnya?
Always, believe in LOVE! ;)

Wahai Lelaki Mengertilah Hati Wanita???


WaHaI LeLaKi mEnGeRTiLaH HaTi WaNItA 

Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2

"So, kaum lelaki hargailah wanita yg benar2 mencintaimu dgn kerelaan atynya & tanpa paksaan mencintaimu...." 
Nurkilan:Akram Akrisya

"CiNtA hAdIr TaNpa dIdUgA & CiNtA pErGi TaNpA kErElAaN"

Thursday, February 2, 2012

Cinta lelaki yang lebih muda???


Assalamualaikum...Ok skrg ny saya nk kongsi cerita ttg percintaan wanita yg lebih tua dgn lelaki yg lebih muda darinya.. So now you sedang bercinta, berapa umur you? berapa umur pasangan you? :D Aik, tak pernah kira…i seh man! Maybe tak pernah menjadi masalah kepada perhubungan cinta anda kowt?
Or actually you tak sedar, perbezaan umur itulah punca pertelingkahan dan pertengkaran yang berlaku dalam perhubungan you?…tak? ye ke? :lol:
Di dalam kursus kahwin yang pernah bro hadiri dulu, Ustaz tu adalah cakap,
“Kalau cari jodoh tu biarlah yang lelakinya berumur paling kurang pun, kena lebih 7 tahun dari wanita, barulah si wanita tak jadi mak!”hehehehe
JADI MAK? Adoi…jadi mak macamana tu ya…hmm ssya pun pelik tu. Kowt-kowt jangan jadi macam kes di Johor dulu, seorang ibu bersekedudukan dengan anak lelakinya sendiri sehingga mengandung…alaaahai, nanguzubillah! Simpang malaikat 44!!
Ny mengenai perbualan kwn saya dgn mak dia..Lepas je balik dari kursus kahwin tu, kwn saya terus jumpa mak dia and asked her about this matter. “Ibu, betul ke wanita kalau nak bercinta, kena cari lelaki yang berumur lebih 7 tahun dari mereka?” So my mother cukup bersetuju dengan ustaz tu dan dia punya 2 sebab utama :-
  1. Wajah wanita cepat tua ~ “cinta bisa lari dong!”
  2. Lelaki lambat matang ~ “hancur!”
Sebab no1 ~ Kata mak kwn saya, disebabkan wajah wanita cepat tua…so wanita kena cari lelaki yang jauh lebih tua darinya. Minimum 7years lebih tua. Mengapa minimum 7 tahun? Sebab apabila wanita berumur 30 dan lelaki 37…wajah mereka akan kelihatan SEBAYA! BOOM! Haaa…baru sebaya tu. bayangkan kalau terbalik…wanita 37, lelaki 30 adoi…nampak cam lelaki tu adik la pulak. Buatnya lelaki tu baru 20 tahun, tak ke jadi macam mak dengan anak… itu yang ustaz dok takut tu :D
Tapi sekarang ni, macam-macam adaaa… botox lah, colagen lah, wanita berubah nampak muda cari lelaki muda! Hehe…lepas 6 bulan, berubah jadi macam nenek kebayan balik. Lama-lama nampak macam hantu! :oops: eeeeiii…minta jauh laaaa…
Sebab no2 ~ Lelaki sememangnya agak lambat matang, dalam erti kata, “Gua mau enjoy lebih dulu sikit beb…cinta tuu…nanti wa kahwin laaa” :lol: Tengok-tengok, minah yang dia duk enjoy tu mengandung…dah terpaksa kahwin. Muda-muda dah kahwin, …orang muda, darah muda…panas baran! Cepat je tangan nak naik…nak marah je… last-last bercerai!
Setiap tahun, dari 13ribu hingga 16ribu pasangan bercerai. Semenjak dari tahun 1999 hinggalah ke akhir tahun 2005 sahaja, statistik Jakim menunjukkan hampir 100,000 pasangan berbangsa melayu sahaja telah BERCERAI!
100 ribu beb!, melayu sahaja, tok sah cakap lah bangsa lain tu. Dan semua pasangan yang bercerai tu berumur dalam linkungan 20 ke 35tahun…MUDA-MUDI gitu yaaa. So, adakah pasangan lelaki anda tu lebih muda dari anda? …apakah jarak umur anda berdua? Janganlah sesekali kita menganggap perbezaan umur itu perkara remeh. kerana pengalaman hidup bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari dimana-mana…
So, bagi saya lah…ini pendapat peribadi…
LELAKI adalah ketua keluarga. Lelakilah yang menentukan dan membimbing baik atau buruknya sesebuah keluarga itu. Jika seorang lelaki itu masih terlalu muda dan sudah berkahwin, ada lebih baik dia selalulah refer dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman sebelum membuat sebarang keputusan.
Bagi wanita untuk mencari cinta…
WANITA, kalau boleh carilah lelaki yang agak jauh jarak umurnya dengan anda agar perhubungan anda itu lebih tenang dan teratur dengan orang yang lebih berpengalaman. Juga supaya, wajah anda tidak kelihatan lebih tua dari suami.
Nanti asyik terkecewa dalam cinta je apabila bertengkar, tiada kesabaran, tidak berpengalaman dalam berbagai perkara. Tidak puas di ranjang…Pasangan lelaki anda kelihatan lebih muda, nanti rasa gusar je bila ada gadis-gadis yang duk usha-usha…so siapa yang susah? anda juga yang susah! Siapa yang kena tolong? So lu pikiq la sendiri noh...Hahaha...
“Alright, all the best dalam mencari pasangan hidup yang ideal untuk masa depan anda! Good Luck yeeeee....<3”

Wednesday, February 1, 2012

Ayat-ayat Bunga Cinta???



Assalamualaikum... Artikel di bawah ni ditulis pada akhir thn 2006 oleh Fina Sophie. Terpulang pada pembaca utk mencari pengajaran di sebalik artikel ini =) sekadar berkongsi.
==============================================
melintas di fikiranku.. satu sms yang ku terima tak lama dahulu.. “mengapa tiada maaf darimu”
Sms ini sebenarnya telah lama. Telah lama juga ku buang dari inbox ku. Malah nombornya telah tiada dalam simpananku. Namun sms dari insan ini pernah benar2 menyentap ketenanganku. Lebih2 lg sms yg bagai ada bau2 kesedihan. Atau terkilan. No matter what it is, kami masing2 perlu masa untuk mengubati luka… luka yang sudah terlalu lekat dalam kehidupan kami. Allah, mengapa cinta ini akhirnya begini…?
Salah aku. Salah dia. Cinta ini juga buta. Cinta yang langsung tidak membawa aku lebih dekat kepada Allah..
Hati aku sentiasa menangis. Menangisi perpisahan itu. Apa yang terzahir pada luarnya adalah sisa kekuatan diri.. ku paksa untuk tabahkan hati. Aku tak menangis sehebat waktu dulu. Namun kali ini, perpisahan ini, benar2 telah menggugat. Menggugat segalanya yang dulunya aku masih mampu pertahankan. Cinta! Mungkin ada yang tersenyum membaca keluhan hati yang pernah jatuh cinta ini. Mungkin ada yang turut sama mengerti apa yang aku lalui kini. Ah, aku sendiri tega tersenyum sinis membaca, melihat dan mendengar keluhan2 hati yang bercinta. Selalunya tak masuk akal. Selalunya tak rasional. Hanya pada emosi semata2. namun cepat2 aku letakkan diri andai aku ada pada tempat dan situasi mereka. Apa yang pasti, mana2 yang silap yang mereka lakukan, aku takkan ulangi, malah lebih berhati2.. belajar dari pengalaman org2 sekeliling. Walau apapun, percayalah. Bila ia berkaitan dengan hati dan perasaan, ..kita akan sentiasa berdepan dengan risiko salah memilih..
Hari itu, aku selongkar barang2 ku dalam laci2, kotak2, dan almari. Banyak juga yang masuk tong sampah. Sayang juga sebenarnya. Ada yang aku da simpan bertahun2. Tapi, maafkan aku wahai kenangan.. akhirnya aku terpaksa menghukum kau lantaran kau banyak mengingatkan aku pada manusia itu.
Sofrie.. semenjak perpisahan kita, sudah banyak malam aku tak dapat lelapkan mata. Cuma bila hampir siang sahaja aku mampu untuk tidur. Terlalu banyak persoalan mengasak fikiranku.. mengapa begitu, mengapa begini.. namun aku tahu, aku takkan lagi menemui jawapannya.
Mungkin kau tak tahu, walaupun aku mengatakan benci.. walaupun aku kata mau mula hidup baru.. dan walaupun aku sedar hakikat yang cinta kita payah untuk menyatu, jauh di sudut hati ini, aku sentiasa membisikkan namamu. Anehnya masih ada ruang untuk aku mencintaimu tanpa sedikit pun rasa sakit hati. Ada sesuatu yang indah yang dapat aku rasai hanya bila denganmu. Ianya masih terasa hingga kini. Sesuatu yang sukar untuk dijelaskan sekelip mata. Aku sebetulnya tak pernah menemui kata2 indah yang cukup untuk mengungkapkan betapa dalamnya rasa ini. Halus menusuk.. pedih, namun indah.
Walau jauh manapun aku berlari dan bersembunyi, dalam hatiku tetap terukir namanya. Meskipun kepercayaan hilang sekalipun, kasih ini tak pernah ada tanda untuk tergugat… Masih tidak tergugat, walaupun begini akhirnya. Setia sungguh aku. Kesetiaan yang memakan diri.
Selepas bertahun2, aku menyedari, kasih yang kita bina sejak lama dulu sudah tidak seutuh mana. yang kini kau sebenarnya sudah tidak bahagia bersamaku. Dan menyedari, sebenarnya aku yang tak boleh jadi seperti yang kau idamkan dalam diam.
Aku tak mau dirimu rasa terperangkap.. menanggung rasa bersalah.. atas kesilapan lalu. Terasa hiba kerana apa yang dirimu lihat dalam diriku kini adalah hasil luka lampau.. kau bersamaku kini hanyalah untuk menebus kesilapan lalu.. stop blaming urself, sofrie! I love u.. ~so much. Tak kira bagaimanapun caramu, paling penting adalah, kaulah Mohd Sofrie. Empunya nama yang sering bertakhta dlm hati…. Tp cinta aku tak bisa buat kau bahagia.
Hingga akhirnya aku memilih untuk pergi. Mungkin lebih baik aku mencintaimu secara diam2. biarkan ia mekar subur jika Tuhan masih sayang pd hubngan kita.. ataupun biar ia tenggelam dibawa arus masa jika itu yang terbaik.. mungkin dirimu akan temui bahagia yang sungguh indah di luar sana.. Cuma pesanku, carilah kebahagiaan yang hakiki, sofrie. Jangan cari kebahagiaan yang bersifat sementara cuma. Supaya dirimu akan lebih mampu menghayati erti percintaan sebenar. Cari cinta yang boleh bawa dirimu makin dekat kpd Tuhan. Kerana aku juga akan mencari cinta yang boleh buat aku makin dekat pd-Nya.. Moga kau dan aku menemuinya kelak. Dengan itu, mungkin kita akan berhenti menyalahkan diri.
Berat jemari ini mengungkap kata2 akhir. Tapi, apalah erti andai diteruskan? Darimu aku belajar untuk membiarkan segalanya berlaku sendiri. to let it be by nature. Silap aku, aku sentiasa ingin cepat.. kini, kau sudah bebas, aku juga sudah bebas walaupun buat masa ini kita mungkin akan masih dibayangi kisah lalu.. apapun ia, kita sampai di sini saja.
Apa yang ingin aku katakan di sini cuma satu, sofrie. Syarat utama membina hubungan kasih ialah dgn hadirnya cinta. Aku pergi, dan perlahan2 lepaskan kau pergi kerana aku sedar, ada antara kita yang sudah hilang rasa cinta.
Doa dan harapanku untuk melihat dirinya bahagia akan sentiasa mekar mewangi…
============================================
Sajak or puisi ini ditujukan kepada yang merasa… apa yang ku rasa…
“MATA YANG CANTIK”
Terbaring aku di lantai kehijauan,
menusuk bau baru cantasan…
Teringat akan dia “MATA YANG CANTIK”
merenung aku di tepian iris, lentik…
Terhela nafas panjang…panas,
Khilaf aku tiada lagi belas…
Kebiruan pemandangan, ketenangan dari pembaringan ini,
Jelas… memakir ku, terbelengu sendu terus di sini…
Bengkak dada kerinduan, ya… aku amat rindu,
rindu padanya yang zahir milik orang itu…
Hakikatnya, hanya aku dan dia yang ketahuan,
Ya… kami saling cinta di alam khayalan…
Ingin ku merasa secebis cintanya,
namun, jauh terlewat katanya, dengusnya…
Mana bisa insan ini, memutarkan waktu,
bersandiwara, bagai kami akan bersatu…
Kerna nyata…aku masih di lantai yang jauh,
dia masih mencuba mustahil, tanpa jenuh…
Berkurun sudah tangisan membasahi daun-daun,
berzaman… aku masih cinta, sayang, kagum…masih beralun…
tapi, sayonara jua yang ku terima,
dari dia, dia yang ku meruntun jiwa…
“MATA YANG CANTIK” itu lah erti namanya,
Srikandi…cinta ku selamanya….
Nurkilan:Sumber Sahabat...
Wavy Tail